Premier Sarawak berbuka puasa bersama warga TDM
KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Tentera Darat Malaysia (TDM) Divisyen 1 Infantri Malaysia di Masjid Solahuddin Al-Ayubbi, Kem Penrissen hari ini. Ia merupakan aktiviti tahunan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara warga TDM dengan pemimpin negeri serta masyarakat sempena Ramadan. Ketibaan Premier Sarawak […]
Tender pembinaan pusat hemodialisis di Spaoh dikeluar bulan depan – Uggah
SPAOH: Tender pembinaan pusat hemodialisis di Spaoh akan dikeluar pada bulan depan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, apabila kontraktor dilantik, beliau berharap pembinaan itu dapat dilakukan dalam tempoh lapan bulan. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, pusat itu merupakan satu daripada tiga projek yang akan dilaksanakan Agensi […]
Kem Ihya Ramadan diterus, bantu bina sahsiah remaja
KUCHING: Kem Ihya Ramadan akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang dengan melibatkan lebih ramai peserta dan dengan modul yang lebih ekselusif. Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sabahat Amal Care Negeri Sarawak, Wan Lukmanhakim Wan Sajali berkata, lagipun banyak pihak di negeri ini mohon agar program ini terus diadakan memandangkan ia berkesan dalam membangunkan sahsiah peserta. Katanya, Kem […]
Geran kerajaan RM10,000 untuk balai bomba Lawas, Limbang
LAWAS: Surirumah perlu diberi pendedahan asas ilmu kebombaan khususnya memadam api di dapur. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini disebabkan surirumah paling banyak menghabiskan masa di dapur dan penting bagi mereka mengelak kebakaran berpunca dari bahagian dapur. “Saya rasa suri rumah harus diajar (memadam api) kerana mereka sentiasa sibuk (di […]
MA63: Tuntutan belum selesai akan dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi
KUCHING: Perbincangan berhubung perkara yang masih belum selesai dalam tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Dato Sri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, terdapat beberapa perkara yang telah dipersetujui sepenuhnya manakala […]
Anak yatim dari 44 kampung terima duit raya
BINTULU: Seramai 474 anak yatim menerima duit raya sebanyak RM100 setiap seorang dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim (PERYATIM) Bintulu. Mereka dari 44 kampung di Bintulu, termasuk Sebauh dan Tatau dan duit raya itu hasil sumbangan dana dikumpul PERYATIM Bintulu dari pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan sektor swasta. Seramai 250 dari 474 anak yatim membabitkan […]
PERKTHIS perjuangkan masyarakat Islam Tiong Hua
BINTULU: Semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk di Sarawak diperkukuh menerusi penganjuran majlis berbuka puasa. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, penganjuran majlis itu menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dan menjadi platform terbaik memperkukuhkan hubungan pelbagai kaum. “Majlis seperti ini bukan sekadar berbuka puasa bersama, tetapi simbol perpaduan erat di antara kita,” katanya. Beliau […]
Program Berambeh Sahur dijadikan budaya tarik minat belia
KOTA SAMARAHAN: Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang meluangkan masa menyantuni Program Berambeh Sahur di kawasan Parlimen Kota Samarahan yang bermula pagi tadi. Program ini dianjurkan Pemuda GEN16 dengan kerjasama Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Muara Tuang, Ranting Kampung Pinang, JKP Masjid Nurul Islam Kampung Pinang, Surau Darul Amanah Kampung Pinang, […]
Projek MRP-PPRMS ceriakan Aidilfitri pada penduduk Daro
DARO: Projek Kecil Luar Bandar (MRP) – Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (MRP-PPRMS) fasa satu membawa keceriaan kepada penduduk di tiga kampung di sini. Ia susulan 54 rumah di Kampung Tebaang, Kampung Baru dan Kampung Pangtray siap dibaik pulih dan dapat digunakan menjelang sambutan Aidilfitri nanti. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad […]
Generasi Y Melanau perlu sedia waris kepimpinan
KUCHING: Anak-anak muda atau generasi Y Melanau perlu bersedia menggalas cabaran menjadi pewaris pemimpin persatuan mahupun politik di Sarawak. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak yang juga Penaung Persatuan Melanau Kuching, Datuk Len Talif Saleh berkata, ini termasuk menjadi pewaris pemimpin kepada Persatuan Melanau Kuching khususnya pada masa-masa akan datang. Katanya, […]
