Sarawak sasar tarik pulang tenaga mahir tempatan

KUCHING: Sarawak menyasarkan lebih ramai tenaga mahir tempatan kembali berkhidmat di negeri ini susulan perubahan landskap ekonomi dan pertambahan peluang pekerjaan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebelum ini negeri berdepan masalah penghijrahan tenaga mahir apabila graduan yang melanjutkan pengajian di luar negara tidak kembali. “Dahulu, mereka yang belajar di […]

Pensijilan antirasuah perkukuh tadbir urus MUT

KUCHING: Kejayaan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak memperoleh pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) MS ISO 37001:2025 memperkukuh komitmen kementerian itu terhadap tadbir urus telus dan bebas rasuah. Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pensijilan tersebut merupakan langkah penting bagi memastikan setiap amanah pembangunan dilaksanakan dengan penuh integriti, ketelusan dan akauntabiliti. “ABMS ISO 37001:2025 merupakan […]

Perpustakaan Daro dijangka siap awal tahun depan

DARO: Projek pembinaan Perpustakaan Awam Daerah Daro kini mencapai kemajuan 90.6 peratus dan dijangka siap sepenuhnya Januari tahun depan. Projek bernilai RM8.5 juta itumenempatkan Pusat Digital dan Inovasi kini berada pada peringkat akhir pembinaan, termasuk kerja pemasangan lif. Penyandang Kerusi DUN Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, kemudahan berkenaan bakal menyediakan ruang pembelajaran, pembacaan dan rujukan […]

Strategi pelancongan Sarawak jadi tarikan

KUCHING: Pendekatan Sarawak dalam mengurus industri pelancongan mendapat perhatian beberapa negeri di Semenanjung yang menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama dalam membangunkan sektor berkenaan. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pihaknya telah menerima surat daripada beberapa wakil negeri, termasuk Menteri Besar, yang menyatakan minat untuk bekerjasama dengan […]

Kenyalang lambang warisan Sarawak

KUCHING: Memulihara burung kenyalang dan habitat semula jadinya amat penting untuk melindungi biodiversiti Sarawak dan memelihara kekayaan warisan negeri ini untuk generasi akan datang. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, burung kenyalang mempunyai tempat khas dalam identiti dan warisan budaya Sarawak, manakala kehadirannya mencerminkan kesejahteraan dan ekosistem hutan di negeri ini. […]

Sarawak sedia kongsi kejayaan

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mempelawa sektor swasta dan pelabur supaya berkongsi kepakaran dan pembiayaan dalam membangunkan ekonomi hijau di negeri ini. Beliau berkata, Sarawak bersedia untuk berkongsi hasil kejayaan membangunkan tenaga hidro, solar dan biomass bersama-sama dengan sektor swasta dan pelabur. “Sarawak memerlukan pembiayaan hibrid untuk mengukuhkan pembangunan […]

Agensi kerajaan, media berganding bahu salurkan maklumat sahih

KUCHING: Kerjasama erat antara agensi kerajaan dan pengamal media penting bagi memastikan penyampaian maklumat tepat dan sahih, khususnya sepanjang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak Ke-13. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, kerjasama itu termasuk membantu pengamal media membuat semakan silang terhadap […]

Armada Pemuda bersatu hati, berganding bahu hadapi PRU DUN Sarawak

KUCHING: Konvoi Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) antara pendekatan parti menggerakkan jentera akar umbi serta menyemarakkan semangat perjuangan ahlibagi menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak. Ketuanya, Datuk Martin Ben berkata, penganjuran berkenaan bukan sekadar aktiviti biasa, sebaliknya usaha memperkukuh gerakan parti menjelang pilihan raya. Selain itu, pelbagai aktiviti gerakan Pemuda […]

Pembangunan Sebauh, Tatau dirancang, perluas kemajuan Bintulu

BINTULU: Kawasan Sebauh dan sebahagian Tatau akan dimasukkan dalam perancangan Pelan Induk Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi memastikan pertumbuhan ekonomi turut dinikmati penduduk. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendekatan secara bersepadu itu memastikan pembangunan infrastruktur, kemudahan asas dan kawasan penempatan dirancang lebih tersusun serta seiring dengan perkembangan pesat Bintulu […]

Jambatan Batang Kemena buka laluan baharu pembangunan Sebauh

BINTULU: Kira-kira 32,000 penduduk di Bahagian Bintulu bakal menikmati manfaat daripada peningkatan jaringan perhubungan susulan perasmian Jambatan Batang Kemena (Sebauh) oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Pembinaan jambatan sepanjang 728.56 meter itu bukan sahaja menyediakan laluan perhubungan lebih selesa dan selamat, malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi menerusi peningkatan akses […]