Sektor pengangkutan cekap majukan ASEAN

KUALA LUMPUR: Kerangka dasar pengangkutan dan infrastruktur masa depan tidak harus dipandang ringan bagi mengendalikan kompleksiti dan perubahan, kata Timbalan Perdana Menteri. Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, lebih penting, kerangka dasar pengangkutan, infrastruktur dan fasiliti masa depan itu perlu disesuai dengan keluasan komuniti di ASEAN. “Apabila sistem pengangkutan itu cekap, ia akan membuka peluang ekonomi […]

Cadangan lanjut tempoh sidang DUN Sarawak akan diteliti

KUCHING: Sarawak akan mempertimbangkan cadangan melanjutkan tempoh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan datang. Ini bagi memberikan lebih banyak masa kepada ahli dewan untuk membincangkan perkara berkaitan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata permintaan tersebut disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong yang membangkitkan keperluan untuk perbincangan lebih […]

Pelantar benua dalam kawasan perairan Sarawak milik mutlak negeri ini – Premier

KUCHING: Hak pelantar benua yang berada di dalam kawasan perairan Sarawak milik mutlak negeri ini, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia tidak tertakluk kepada sebarang pemindahan mahupun rundingan untuk menukarkan haknya kepada Kerajaan Persekutuan. Ia ditegaskan Premier Sarawak, sambil menambah bahawa perkara itu tertakluk di bawah Kanun Tanah […]

Kerajaan akan rangka kajian proses pengkorporatan pihak berkuasa pelabuhan

KUCHING: Kerajaan akan merangka satu kajian untuk proses pengkorporatan pihak berkuasa pelabuhan sedia ada sebagai langkah mempersiapkan wilayah ini menguruskan pelabuhan-pelabuhan di Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kajian ini bertujuan meneroka model lestari yang akan meningkatkan kecekapan operasi, menarik pelaburan dan mengukuhkan kedudukan daya saing pelabuhan Sarawak. “Kajian ini dijangka […]

Program perintis selenggara bekas jalan pembalakan bermula Jun lalu

KUCHING: Sarawak kini melaksanakan program perintis penyelenggaraan jalan luar bandar membabitkan bekas jalan pembalakan di kawasan Baram bermula Jun lalu. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sebanyak RM5 juta diperuntukkan setiap tahun bagi setiap zon program perintis terbabit. Katanya, dalam zon satu merangkumi Daerah […]

Wang saku untuk pelajar IPT, tanpa kira pendapatan keluarga

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan wang saku RM1,200 diberikan kepada semua pelajar Sarawak yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara. Wang saku itu diberi kepada pelajar tanpa mengira pendapatan keluarga pada tahun depan, katanya. “Pemberian wang saku itu merupakan komitmen Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) […]

Penghargaan sumbangan anggota Perkhidmatan Awam Sarawak, Premier umum BKK dua bulan gaji, persekutuan RM700

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bantuan khas kewangan (BKK) sebanyak dua bulan mengikut gaji pokok terakhir bulan November 2024 kepada penjawat awam Sarawak. Pengumuman itu dibuat semasa beliau menggulung perbahasan pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini. “Tahun 2024 telah menyaksikan banyak […]

55 lesen buru buaya dikeluar

KUCHING: Kerajaan Sarawak amat prihatin dalam usaha mengurangkan risiko serangan buaya yang kini dianggarkan lebih kurang 25,000 ekor dalam 22 lembangan sungai di Sarawak. Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, setakat ini sebanyak 55 lesen memburu buaya telah dikeluarkan dan sebanyak 234 […]

JTS perlukan dana RM2.896 bilion laksana 792 projek

KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak masih memerlukan dana sebanyak RM2.896 bilion untuk melaksanakan pengambilan balik tanah bagi 792 projek. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, dana yang diperlukan adalah sebanyak RM2.204 bilion bagi 667 projek Kerajaan Sarawak dan RM691.92 juta bagi 125 projek Kerajaan Persekutuan. “Komitmen Kerajaan dalam menyelesaikan […]

Stok bantuan bencana Monsun Timur Laut ini sudah disedia

KUCHING: Kerajaan telah menyediakan stok bantuan bencana kepada mangsa sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut 2024/2025 di Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, stok terbabit disedia di Depoh Simpanan Keperluan Bencana Samarahan, Mini Depoh di Miri dan Lawas, 16 stor bantuan bencana di Pejabat Kebajikan Bahagian dan Daerah, […]