UPM Cawangan Sarawak kini dinamakan Universiti Putra Malaysia Sarawak

SELANGOR: Kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) terletak di Bintulu, Sarawak secara rasmi dijenamakan sebagai Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS). Penjenamaan semula UPMS diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, yang juga Canselor UPM, serta Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dalam majlis penuh istiadat […]

Pendekatan saintifik pulihara sumber marin

BINTULU: Sarawak tidak ketinggalan menggunakan pendekatan saintifik dan inovasi dalam memulihara sumber marin, kata Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Majang Renggi. Beliau berkata, pendekatan itu menggantikan kaedah konvensional yang digunakan terdahulu. Pemeliharaan ekosistem marin perlu dilaksanakan secara berterusan dan menyeluruh bagi memastikan sumber alam semula jadi kekal lestari serta dapat diwarisi oleh generasi […]

Delegasi Brunei kunjungi Awang Tengah

KUCHING: Lawatan delegasi Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Brunei Darussalam ke negeri ini memperkukuhkan hubungan diplomatik kedua-dua negara dalam menerokai kerjasama strategik serantau secara inklusif dan mampan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan hormat delegasi dari negara Brunei itu yang diketuai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei Darussalam, Dato […]

DBKU rangkul Anugerah Rosa Sinensis 2025

JOHOR: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berjaya merangkul Anugerah Rosa Sinensis sempena Hari Landskap Negara 2025. Menurut kenyataan media DBKU, anugerah bertujuan mengiktiraf pencapaian dan sumbangan cemerlang dalam pembangunan, pengurusan dan penyelenggaraan landskap di Malaysia oleh organisasi, agensi, komuniti dan individu. Anugerah disampaikan Timbalan Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zulkeflee Sulaiman, sempena Hari Landskap […]

Sarawak terus bersuara selagi perkara MA63 belum selesai – Hasidah

KUCHING: Lebih enam dekad telah berlalu sejak Malaysia dibentuk, namun bagi Sarawak, perjuangan menuntut pemulangan hak-hak yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih jauh dari garisan penamat. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menegaskan bahawa kerajaan negeri akan terus memperjuangkan segala perkara tertunggak […]

iCEPS UiTM mampu lahirkan tenaga kerja profesional

KUCHING: iCEPS UiTM Cawangan Sarawak memainkan peranan sebagai platform penting dalam menyokong kemahiran warga Sarawak selari dengan ekonomi digital dan tenaga kerja masa depan. Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Abdul Wahab Aziz percaya, sebagai salah satu institusi pendidikan tinggi (IPT) di Sarawak yang berteraskan kecemerlangan, iCEPS UiTM bertanggungjawab melahirkan tenaga kerja profesional dan […]

Projek mega Tanjung Embang bakal pacu ekonomi Asajaya

KOTA SAMARAHAN: Pelaksanaan projek mega di Tanjung Embang termasuk pembinaan lapangan terbang dan pelabuhan baharu bakal menjadi pemangki pertumbuhan ekonomi luar bandar khasnya di Asajaya dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Asajaya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, projek […]

‘Itut’ ditawar secara percuma kepada orang ramai di BCF 2025

SIBU: Permainan tradisional masyarakat Melanau “Itut” dijangka terus menjadi tarikan utama Festival Kebudayaan Borneo (BCF) 2025. Pengerusi penganjur Itut BCF 2025, Kaunselor Abg Carrol Abg Dris berkata “Itut” diperkenalkan secara rasmi sebagai tarikan BCF sejak 2015. Katanya, lebih 1,000 orang menyertai permainan ini tahun lalu dan pihaknya menyasarkan penyertaan lebih tinggi pada BCF tahun ini. […]

RES rapatkan jurang pembangunan luar bandar

MATU: Pelaksanaan Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) bukti komitmen teguh Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam merapatkan jurang pembangunan di luar bandar. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, projek RES adalah selaras dengan aspirasi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk memastikan kawasan luar bandar turut menikmati kemudahan asas […]