Kementerian mohon kebenaran ubah terminologi orang kurang upaya – Nancy
KUCHING: Kerajaan Persekutuan berhasrat menukarkan terminologi Orang Kurang Upaya (OKU) kepada Orang Kelainan Upaya. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, kementeriannya akan mendapatkan kebenaran daripada organisasi antarabangsa untuk menukarkan terminologi tersebut. “Tidak dinafikan ada dalam kalangan golongan ini sebenarnya bukan kurang upaya, tetapi kelainan upaya dengan memiliki kebijaksanaan masing-masing. “Banyak permohonan […]
Pertanian, pelancongan bantu rancakkan pembangunan DUN Mambong
PADAWAN: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong perlu memfokuskan agenda pembangunan di kawasan itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr. Jerip Susil berkata, antaranya pembangunan pertanian dan pelancongan. “Mereka perlu berganding bahu untuk mengekalkan DUN Mambong sebagai kerusi Parti PBB,” katanya ketika merasmikan Majlis Ramah Tamah Dan Apresiasi […]
RUU Ombudsman Sarawak 2023, pertama di Malaysia
KUCHING: Lima Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mulai 20 hingga 29 November, ini. Speaker DUN, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, lima RUU terbabit ialah Sarawak Ombudsman, 2023, RUU Alam Sekitar (Mengurang Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023 dan RUU Pengagihan Gas (Pindaan) 2023 dan RUU Bekalan […]
Mesyuarat prapersidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak
Yang di- Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba mempengerusikan mesyuarat prapersidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Ibu Pejabat Parti PBB, Jalan Bako, Kuching. Hadir sama Timbalan-Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Dato Sri Dr Sim Kui […]
Toleransi, perpaduan keutamaan parti
KUCHING: Rakyat Sarawak diminta agar tidak memperbesarkan lagi isu kemasukan rakyat Palestin ke Sarawak sehingga boleh memudaratkan keharmonian kaum di negeri ini. Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi berkata, isu berkenaan tidak seharusnya dijadikan alat untuk memecahbelahkan perpaduan di Sarawak. Merujuk kepada pandangannya dan pandangan […]
Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri di Kapit
KUCHING: Buat julung kali Kapit dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2023 pada 1 hingga 3 Disember ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sambutan itu bakal dihadiri ribuan belia dari seluruh bahagian negeri ini. Katanya, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan bagi memeriahkan sambutan hari […]
TDM, Maybank adakan kunjungan hormat kepada Premier
KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Maybank mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya, di sini, hari ini. Kunjungan hormat TDM diketuai Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Adnan Hashim bertujuan mendapatkan pencerahan berkaitan keselamatan sempadan Sarawak-Indonesia. Kunjungan juga bagi membincangkan maklumat berkaitan aset yang […]
RM183 juta naik taraf sistem trafik udara
KUCHING: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) mengendalikan kira-kira 34,534 pergerakan pesawat sehingga 30 September 2023 membabitkan 2,574 penerbangan antarabangsa dan 31,960 penerbangan domestik. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, LTAK merupakan salah sebuah daripada enam lapangan terbang berstatus antarabangsa di Malaysia dan keempat paling sibuk selepas Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang. Bagi meningkatkan […]
Hadiah lumayan menanti pemenang Regata Telaga Air
KUCHING: Esplanade Telaga Air bakal menjadi tumpuan ramai dengan penganjuran Pesta Regata Telaga Air mulai 1 hingga 3 Disember ini. Pesta selama tiga hari itu akan dipenuhi dengan pelbagai acara dan aktiviti menarik. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sebanyak 1,400 tempat letak kereta khusus disediakan untuk […]
Sarawak terima peruntukan tambahan ukur tanah NCR
LUNDU: Kerajaan Sarawak sudah menerima peruntukan tambahan berjumlah RM10 juta dari Kerajaan Pusat bagi melaksanakan pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, peruntukan itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diterima awal bulan ini. “Peruntukan tambahan […]