Kerjasama erat ibu bapa, sekolah sokong kejayaan pendidikan anak
DARO: Pelbagai pendekatan diambil oleh Kerajaan Sarawak dalam usaha memacu sektor pendidikan di negeri ini termasuk membangunkan prasarana sekolah. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad, salah satu projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di kawasannya adalah pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Tebaang yang dijangka siap dalam masa terdekat. Katanya, projek-projek infrastruktur pendidikan ini adalah […]
Kerajaan Pusat iktiraf PETROS pengagregat gas tunggal
KUCHING: Kerajaan Sarawak dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sebagai pengagregat gas tunggal di negeri ini akan terus bekerjasama rapat dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerjasama ini bertujuan memastikan PETROS melaksanakan peranannya sebagai pengagregat gas tunggal tanpa gangguan terhadap bekalan gas untuk pengguna termasuk pelabur. […]
Kajian sosioekonomi Jelapang Padi Batang Lupar
KUCHING: Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) menandatangani perjanjian bagi menjalankan kajian sosioekonomi di Jelapang Padi Batang Lupar. SADA melalui Pejabat Residen Bahagian Sri Aman menandatangani perjanjian itu dengan Institut Pembangunan Sarawak selaku juruperunding kajian terbabit yang bertajuk “Greater Together: Pemetaan Ekosistem Pengeluaran Padi di kawasan Jelapang Padi Batang Lupar”. Perjanjian ditandatangani Pemangku Residen Bahagian […]
Rakyat harus kekalkan hak, status Sarawak
KUCHING: Rakyat Sarawak harus mengekal hak dan status Sarawak dalam persekutuan melalui Kerajaan Sarawak yang diketuai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Dato’ Fazzrudin Abdul Rahman berkata, beliau percaya memelihara hak Sarawak dan mengekalkan kuasa negeri mesti berlunaskan undang-undang dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Laporan Jawatankuasa […]
Sarawak Petchem sasar jadi model industri tenaga hijau
BINTULU: Sarawak Petchem mensasarkan menjadi model di peringkat antarabangsa dalam industri tenaga hijau dengan mengeluarkan methanol hijau. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, syarikat tersebut berhasrat menjadi pemimpin dalam peralihan tenaga hijau dan mempeloposi industri aeroangkasa. “Jika kita berjaya dalam mengeluarkan methanol hijau dan pelbagai lagi tenaga hijau, ini mampu […]
Jangan cemburu kemajuan Sarawak – Premier
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menepis tanggapan segelintir pihak mendakwa Sarawak mengambil kesempatan dari krisis politik yang berlaku sejak 2014 di Malaysia untuk memperoleh pendapatan yang besar hari ini. Tegasnya, ia naratif bersifat cemburu terhadap kemajuan yang Sarawak kecapi sekarang hingga berupaya membentangkan bajet terbesar berjumlah RM15.8 bilion, sekali […]
Pelajar UiTM terima komputer riba sumbangan Yayasan Taqwa
KOTA SAMARAHAN: Seramai 35 pelajar terpilih Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak menerima sumbangan komputer riba bernilai RM3,375 seorang hari ini. Komputer tersebut disumbang Yayasan Taqwa iaitu agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Yayasan Taqwa (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM118,125 bagi sumbangan itu dan diserahkan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Program SISWA+ (Bantuan Komputer […]
Geran RM10,000 Jabatan Perpaduan Lawas laksana aktiviti
LAWAS: Kaum Tagal dan Penan bersama-sama membentuk masyarakat majmuk di kawasan Parlimen Lawas. Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, Daerah Lawas mempunyai satu-satunya komuniti kaum Tagal yang menghuni kawasan di ulu Merapok dan Long Tengoa di Ulu Trusan. “Manakala, kaum Penan juga ada di Lawas yang merupakan kelompok minoriti yang bersama-sama membentuk masyarakat […]
31 pangkalan hadapan siap siaga hulur bantuan
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWKK) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) akan memastikan mangsa banjir di seluruh negeri ini mendapat bantuan sewajarnya susulan keadaan cuaca tidak menentu sekarang. Menteri KPWKK, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, fokus utama adalah bagi memastikan bantuan bekalan makanan sampai kepada mangsa-mangsa banjir tepat pada masanya. “Bantuan […]
Caruman PERKESO jamin keselamatan sosial keluarga
KUCHING: Rakyat Malaysia sama ada bekerja atau tidak diingat mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi menjamin keselamatan sosial keluarga. Langkah itu penting sekiranya berlaku kejadian tidak diingini termasuk kematian. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, PERKESO bukan sahaja proaktif dalam mengesan maklumat pencarum melalui pelbagai platform, termasuk media sosial, […]
