Sarawak dipilih lokasi pelancaran satelit Malaysia
KUCHING: Sarawak dipilih sebagai lokasi pelancaran satelit Malaysia, sekali gus bakal memacu penglibatan aktif negeri dan negara ini dalam teknologi aeroangkasa. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pemilihan itu berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara Ke-45 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya baru-baru ini. […]
Pasukan bola tampar wanita Sarawak menang pingat emas
SIBU: Pasukan bola tampar wanita Sarawak merangkul pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 hari ini. Mereka menewaskan pasukan Selangor 3-1 di perlawanan akhir di Stadium Bola Tampar Rajang Park Sibu, di sini, hari ini. Kemenangan itu juga menamatkan kemarau emas mereka, selepas kali terakhir meraih pingat emas dalam acara bola tampar wanita pada SUKMA […]
Tinju: Sarawak raih tiga emas
SIMANGGANG: Pasukan tinju Sarawak meraih tiga pingat emas dalam aksi perlawanan akhir pertama di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, malam tadi. Pingat emas pertama Sarawak itu menerusi petinjunya, Clarkson Evans Tom Frankie menumpaskan petinju Kedah, Thanasekaran Rajendran dalam kategori minimum 48 kilogram (kg) dengan kiraan mata 5-0. Gideon Riquelme Jonathan menambah pingat emas kedua […]
Sarawak ke separuh akhir acara regu sepak takraw wanita
BINTULU: Pasukan sepak takraw wanita Sarawak mara ke separuh akhir acara regu setelah menang perlawanan Kumpulan A pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, di sini, pagi tadi. Regu wanita Sarawak, terdiri daripada Diana Ricky (apit kiri), Suzila Agnes Thomas (apit kanan), dan Vanessa Emelda Austin (tekong). Mereka dalam perlawanan itu menewaskan pasukan Perak yang dibarisi Fariesha […]
Sarawak rancang hidupkan semula Sukan Borneo
KUCHING: Sarawak merancang menghidupkan semula Sukan Borneo selepas kali terakhir dianjurkan pada 2015 di Kalimantan Timur, Indonesia. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau akan mengusulkan perkara tersebut kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh Tseow Suan. Katanya, Sukan Borneo menjadi medan terbaik buat atlet Sarawak dan negara mengasah […]
TYT berjumpa dengan pasukan SAR tragedi bot karam Sungai Batang Kayan
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengadakan perjumpaan dengan pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi bot karam di Sungai Batang Kayan di sini, semalam. Perjumpaan itu bagi mengetahui perkembangan kejadian dan mendapatkan penjelasan berhubung insiden bot tambang karam yang berlaku awal pagi 20 Ogos lalu. Kejadian itu […]
Sarawak mahu terapkan konsep sukan masyarakat SUKMA 2024
KUCHING: Sarawak sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berharap dapat menerapkan konsep sukan untuk masyarakat melalui temasya sukan itu. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini perlu dilihat dari prespektif menjadikan sukan sebagai medium penyatuan rakyat. Beliau berkata, ini kerana penyertaan SUKMA 2024 dari segenap lapisan masyarakat […]
Transformasi pertanian perlukan penglibatan sektor swasta
KUCHING: Transformasi pertanian moden memerlukan penyertaan aktif sektor swasta serta perkongsian global bagi mempercepatkan pengeluaran. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pertanian moden dapat memperkukuhkan sektor makanan dan pertanian sebagai tunjang utama ekonomi negeri. Katanya, inisiatif modenisasi mampu mempercepatkan proses kerja terutamanya bagi tujuan eksport. “Visi kami adalah untuk memoden […]
Latih belia untuk percepatkan peralihan tenaga negara
KUALA LUMPUR: Program pendidikan fokus kepada kelestarian tenaga dan inovasi teknologi perlu diberi penekanan dan bukan hanya sebagai sampingan, kata Timbalan Perdana Menteri. Dato Sri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, negara harus melengkapkan golongan belia bukan hanya setakat untuk pekerjaan tetapi juga untuk menghadapi cabaran masa hadapan. “Menyedari keperluan […]
SUKMA XXI: Jumlah insentif acara berpasukan diputus esok
KUCHING: Jumlah insentif kepada atlet Sarawak yang memenangi pingat emas dalam acara berpasukan pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 akan diputus dalam mesyuarat kabinet esok. Perkara ini dinyatakan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Bagaimanapun, beliau memberi bayangan nilai insentif untuk acara berpasukan mungkin berbeza daripada atlet acara individu. “Secara […]
