LUNDU: Projek Skim Pembesaran Kampung (SPK) Sileng telah diluluskan untuk fasa pertama di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, kawasan projek terbabit berdekatan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Lundu membabitkan 100 sehingga 200 unit lot.
“Sekiranya tidak mencukupi kita akan memohon lagi untuk fasa seterusnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Sileng Melayu, di sini, semalam.
Selain itu, Azizul berkata sebanyak RM5 juta di peruntukkan untuk jalan utama ke Kampung Kuala Bandang Lundu dan jalan pertanian kampung itu.
Hadir sama , Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Draup . Pegawai Daerah Lundu Awang Yusup Awang Mostapha. Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Lundu (MDL ), Ujang Budin. Timbalan Ketua Cawangan PBB N3 Tanjong Datu, Abdul Razak Abdul Wahab, Penghulu Awang Sulong Awang Drahman dan Ketua Kaum Annuar Lay.
