Skim Penempatan Semula dibangun di Tanjung Manis
TANJUNG MANIS: Kerajaan Sarawak akan membangunkan Skim Penempatan Semula (SPS) di Tanjung Manis untuk individu dari luar yang mahu menetap dan bermastautin di sini. Bagi tujuan itu, sebanyak RM20 juta diperuntukkan melalui Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA). Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, projek tersebut memerlukan […]
Jambatan Piasau mercu tanda baharu Miri
MIRI: Bandaraya ini bakal mempunyai mercu tanda ikonik baharu selepas kerajaan meluluskan pembinaan Jambatan Piasau yang mengambil inspirasi Jambatan San Francisco-Oakland Bay dan Jambatan Golden Gate di Amerika Syarikat. Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Joharu Tun Openg berkata, jambatan kabel tersebut akan menghubungkan Piasau berhampiran Hutan Simpan Piasau ke Marina Miri. Apabila siap, jambatan tersebut […]
Program Bantuan MyLesen (B2) Parlimen Betong sasar hingga 1,200 peserta
SPAOH: Program Bantuan Lesen Memandu MyLesen (B2) julung kali diadakan di peringkat Parlimen Betong tidak lama lagi. Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu berkata, program memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan lesen memandu kelas B2 dengan kadar yang rendah. Ia terbuka penyertaannya kepada warganegara Malaysia termasuk belia atau pelajar berumur 16 tahun ke atas, orang dewasa […]
PERKIM disaran usahakan produk makanan tradisi
LAWAS: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Lawas digalak menjalankan perusahaan ekonomi berasaskan produk makanan tradisi di kawasan ini. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, ini kerana banyak produk makanan tradisi di Lawas boleh diusahakan secara kecil-kecilan dahulu. “Banyak produk tradisi seperti sambal tahai boleh diusaha tetapi mesti mematuhi kualiti pasaran […]
Sarawak belajar dari Jepun, bina pelabuhan baharu di laut
KUCHING: Sebuah pelabuhan baharu dicadang akan dibangunkan di Tanjung Embang bagi mengurangkan kebergantungan kawasan Kuching terhadap Pelabuhan Senari. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelabuhan baharu itu akan mengguna pakai konsep di Jepun, akan dibina di laut. “Pelabuhan tersebut tidak akan dibangunkan di kawasan tanjung tetapi sebalik akan berada di […]
DUN Sarawak dimaklumkan tiga ADUN bekas ahli PSB sertai PDP
KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sudah dimaklumkan berhubung tiga wakil rakyat bekas ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP). Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing telah mengemukakan surat rasmi kepada beliau memaklumkan perkara itu 12 […]
IGPS masih dilaksana bantu pelajar beli tiket penerbangan
KUCHING: Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (IGPS) masih dilaksanakan bagi meringankan beban pelajar Sarawak di Semenanjung membeli tiket penerbangan untuk pulang ke negeri ini. Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, ini terutamanya musim perayaan utama termasuk Hari Raya. “Itu (IGPS) masih lagi dilaksanakan setiap tahun untuk pelajar kita, saya belum ada datanya […]
Tarif elektrik Sarawak dikekal
KUCHING: Sarawak akan terus mengekalkan kadar tarif elektrik sedia ada dan tidak bercadang mengubah kadar itu. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, kadar ini dikekalkan walaupun tarif elektrik di Semenanjung telah diselaraskan. “Setakat ini seperti yang ada sekarang. Kita belum ada ( cadangan ubah tarif elektrik),” katanya. Beliau berkata demikian di Majlis […]
Kerajaan lulus pembangunan semula Kampung Datu
SIBU: Kawasan Kampung Datu, Sibu akan dibangun semula di bawah perancangan pemodenan yang akan dilaksanakan kerajaan negeri. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek pembangunan tersebut diluluskan menyaksikan Kampung Datu akan dimodenkan. Bagaimanapun, ia akan mempertahankan ciri-ciri budaya yang ada di kampung tersebut dan sekitarnya. Mengambil konsep pembangunan kawasan perumahan […]
Perpaduan, kesetiaan rakyat bantu ubah Sarawak ke arah progresif, makmur
KUCHING: Amalan ziarah menziarahi rumah terbuka semasa perayaan Hari Raya perlu diteruskan bagi merapatkan silaturahim. Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perayaan itu adalah masa yang sesuai untuk menjalin hubungan baik tanpa mengira bangsa dan agama sekali gus mengukuhkan perpaduan dalam membangun Sarawak. “Perpaduan, keharmonian dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi banyak membantu […]
