Peniaga guna kod QR, mudahkan pembeli
LUNDU: Peniaga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu disaran menggunakan kod QR pembayaran tanpa tunai. Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN)Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, ini untuk memudahkan pembeli kerana tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli-belah. “Peniaga pula boleh menjimatkan masa di samping dapat menyimpan transaksi perniagaan,”katanya ketika […]
Golongan asnaf Parlimen Santubong terima bakul makanan
KUCHING: Seramai 432 orang golongan asnaf di Parlimen Santubong menerima bakul makanan sempena Ramadan hari ini. Penerimanya termasuk golongan asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai Zon JAKASEH yang melibatkan 14 kampung serta kawasan Demak Baru Fasa 2. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Santubong, Dato’ Sri Nancy Shukri […]
Beting Maro dijadikan pusat pengeluaran hasil tani
PUSA: Kawasan Beting Maro akan dijadikan pusat pengeluaran hasil tani khususnya padi bagi meningkatkan pendapatan penduduk. Ke arah itu, sebanyak RM3 juta diperuntukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor untuk membangunkan sektor pertanian di kawasan tersebut. Razaili turut mencadangkan pembukaan skim padi dengan tiga kawasan telah dikenalpasti iaitu di Muton, Batang Maro […]
Projek sakit berjaya diselamat – Uggah
SRI AMAN: Semua kontraktor perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) atau peraturan keselamatan JKR (Jabatan Kerja Raya) dengan teliti di tapak pembinaan. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kontraktor perlu memberi keutamaan terhadap keselamatan semua pekerjanya. Katanya, apabila seorang bapa pergi bekerja di tapak pembinaan jalan atau jambatan, keluarganya mengharapkan dia pulang […]
Penerima bantuan kebajikan terima sumbangan Sejambak Kasih Aidilfitri
KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak membelanjakan sebanyak RM1,662,400 bagi sumbangan Sejambak Kasih Aidilfitri 2024. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sumbangan wang tunai RM100 untuk meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan kebajikan di negeri ini sempena sambutan Aidilfitri. “Seramai 16,624 penerima menerima sumbangan ini,” katanya. Beliau berkata […]
MAKSAK Wanita Sarawak santuni 100 pelajar
KUCHING: Seramai 100 pelajar sekolah rendah dan menengah dari kawasan Petra Jaya menerima sumbangan dari Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Wanita Sarawak. Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari TunOpeng di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak malam tadi. Program Sumbangan Ikhlas MAKSAK Cares sempena Ramadan itu menyaksikan […]
Kaedah pembayaran dalam talian Bazar Ramadan digalak
SARIKEI: Peniaga Bazar Ramadan di sini digalak menggunakan kaedah pembayaran dalam talian untuk urusan jual beli kepada pengunjung. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, pengunjung juga boleh melakukan pembayaran itu secara tunai. “Pengunjung tidak perlu membawa wang tunai yang banyak dan hanya perlu untuk mengimbas kod bar […]
Bahan mentah meningkat, peniaga bazar perlu naik harga makanan
KUCHING: Orang ramai diminta memahami sebab peniaga tempatan terpaksa menaikkan harga makanan di Bazar Ramadan tahun ini. Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, antaranya ialah harga bahan mentah makanan yang sudah meningkat. “Sudah tentu mereka terpaksa menaikkan harga, saya yakin mereka tidak menaikkan sesuka […]
Tiga pemilik Skim Penanaman Padi terima bayaran pendahuluan
TANJUNG MANIS: Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kuala Rajang (LAKIKR) membuat bayaran pendahuluan sejumlah RM18,000 untuk 18 plot bagi tujuan pajak tanah. Ia untuk skim penanaman padi di Sungai Bapa kepada tiga pemilik yang terlibat. Sebanyak empat plot dengan jumlah 15.7 ekar milik tiga peserta sudah ditanam padi sementara yang lain masih dalam proses pembersihan tanah. […]
Projek STR Pakej B2 Fasa 1 diharap selesai serentak Projek Jambatan Lupar II
SIMANGGANG: Majlis pecah tanah Projek Jalan Utama Kedua (STR) bagi Pakej B2 Fasa 1 berlangsung di Bandar Simanggang, di sini. Projek merangkumi cadangan pembinaan jalan dari kawasan Kejatau menuju ke Jambatan Batang Lupar II dan jalan susur menuju ke bandar Simanggang berharga RM154 juta. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang melakukan perasmian […]
