Mangsa banjir terima sumbangan program Bintulu Port Prihatin

BINTULU: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Abu Bakar Marzuki melawat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah Bintulu, di sini, hari ini. Lawatan bertujuan memastikan segala keperluan mangsa banjir dipenuhi serta memantau perkembangan terkini bantuan yang disalurkan serta meminta mereka bersabar. “Saya berharap mangsa banjir tetap tabah dan bersabar. Kami faham bahawa kehilangan dan kerosakan […]

Sarawak antara pilihan Bangladesh terokai bidang sumber manusia

KUCHING: Bangladesh meninjau peluang untuk berkolaborasi bersama Malaysia termasuk Sarawak menjangkau bidang sumber manusia. Menurut Duta Besarnya Md Shameem Ahsan, perkara itu dipersetujui Malaysia dan Bangladesh semasa kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Bangladesh pada Oktober tahun lalu, sekali gus meningkatkan hubungan kedua-dua negara. Jelasnya, Suruhanjaya Tinggi Bangladesh telah menandatangani Perjanjian Kerjasama (MOC) […]

TYT Sarawak santapan pagi bersama kenalan lama

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar meluangkan masa mengadakan pertemuan santapan pagi bersama mantan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan @ Harun di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pagi ini. Turut serta Azhar Azizan pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ialah wartawan […]

Program perumahan ambil kira kumpulan sasar

KUALA LUMPUR: Program perumahan yang dibangunkan kebiasaannya mengambil kira kumpulan sasar serta keperluan perumahan di negeri tersebut. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, kerajaan turut menggalakkan pemaju swasta untuk membangunkan rumah mampu milik (RMM) melalui pemberian insentif kepada pemaju yang terlibat. “Sebanyak 14,921 unit RMM dilulus pelaksanaannya di Sarawak […]

Bantuan banjir perlu diperluas pada mangsa tidak berpindah, rumah ditenggelami air

KUALA LUMPUR: Bantuan dari kerajaan kepada mangsa banjir dicadangkan dipanjangkan kepada yang tidak berpindah dan sebahagian rumah ditenggelami air. Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, antara bentuk bantuan disediakan termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas. Selain itu, bantuan kmatian sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa kehilangan […]

Kerjasama, rangka jalan penyelesaian bantuan banjir

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli menyokong usul membahas bencana banjir dan tanah runtuh di Sarawak dan Sabah pada persidangan Dewan Rakyat di sini. Usul membahas bencana banjir dan tanah runtuh itu dikemukakan oleh Ahli Parlimen Miri di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1). Beliau berkata, usul itu amat penting untuk diperbahaskan kerana insiden […]

RM1 bilion ganti paip lama

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM1.085 bilion bagi menyegerakan projek penggantian dan naik taraf paip lama di seluruh negeri. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, projek itu membabitkan paip lama yang telah uzur terutama di kawasan yang sering mengalami kebocoran dan tekanan air rendah. Pelaksanaan projek itu juga untuk menambah baik […]

Substesen elektrik dihenti ketika banjir

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) sedang mengawasi dari semasa ke semasa substesen bekalan elektrik di seluruh negeri ini semasa bencana banjir. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ini kerana substesen terbabit perlu dihentikan operasinya sekiranya berlaku banjir bagi menjaga keselamatan orang ramai. “Sebab nanti kita boleh terkena renjatan elektrik, sebab air […]