13 pemimpin Saberkas terima anugerah Jasamu Dihargai

KUCHING: Pemimpin belia digesa bekerja dalam satu pasukan bagi membantu kerajaan membangunkan negeri ini seiring era perkembangan teknologi. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tenaga belia adalah nadi pembangunan dan atas sebab itu kerajaan merancang membangunkan sektor pendidikan untuk kepentingan golongan tersebut. “Kerajaan merancang menyedia pendidikan percuma kepada belia yang […]

TYT Sarawak akan jalin hubungan baik negeri, persekutuan

KUCHING: Pelantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak akan menjalin hubungan baik antara negeri ini dan persekutuan. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ini kerana latar belakang Yang di-Pertua Negeri Sarawak sebagai bekas anggota polis yang kemudian menjadi peguam, bekas Ahli Parlimen dan bekas menteri persekutuan. “Terakhir sekali […]

Yang di-Pertua Negeri Sarawak selamat tiba di Kuching

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Sri Fauziah Mohd Sanusi selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini. Ketibaan beliau menggunakan pesawat khas disambut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama-sama dua Timbalan-Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas danDatuk […]

Tanjung Manis bakal memiliki stadium mini moden

TANJUNG MANIS: Peruntukan sebanyak RM20 juta telah diluluskan bagi pembinaan stadium mini yang moden di Tanjung Manis. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, ini diluluskan Kerajaan Sarawak melalui Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA). “Stadium mini ini nanti turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk trek balapan,” katanya ketika […]

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Kelapan miliki pengalaman

KUCHING: Pengalaman dimiliki Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar membolehkannya menyumbang kepada Sarawak sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak Kelapan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini terutamanya pengalamannya berkhidmat di peringkat persekutuan. “Bermakna ada kedua-duanya pengalaman persekutuan dengan negeri, jadi kita ucap tahniah,” katanya selepas menghadiri Majlis Makan Malam Sambutan […]

Projek naik taraf, ganti saluran paip lama dilaksana tahun ini

ASAJAYA: Projek naik taraf dan mengganti saluran paip lama serta usang secara berfasa di seluruh Sarawak bermula tahun ini. Menteri Utiliti dan Komunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata,projek itu mengambil masa selama lima tahun untuk siap. Katanya, ia disebabkan Sarawak mempunyai saluran paip air sepanjang 2,700 kilometer (km) di seluruh kawasan. “Justeru, proses mengganti paip […]

Jambatan Sungai Krian dijangka siap Ogos 2025

SARATOK: Pembinaan Jambatan Sungai Krian di sini kini telah mencapai 41.58 peratus kemajuan. Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, pembinaan jambatan sepanjang 690 meter itu dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2025. “Justeru, saya berharap agar pihak kontraktor dapat menyiapkan kerja pembinaan Jambatan Sungai Krian ini mengikut jadual ditetapkan,” katanya semasa […]

Veteran tentera direkrut bantu banteras rabies di sempadan

KUCHING: Seramai 394 veteran tentera sukarela direkrut untuk menyertai ‘Immune Belt Enforcement Team’ (IBET) bagi membantu membanteras wabak rabies di kawasan sempadan Sarawak. Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pasukan veteran ini merupakan barisan hadapan yang bertugas di kawasan sempadan iaitu dari Lundu hingga Ba’kelalan bagi mengekang wabak berbahaya ini dari memasuki […]

SUKMA Ke-21 bawa impak ekonomi kepada Sarawak

KUCHING: Penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 di Sarawak pada 17 hingga 21 Ogos depan akan memberi impak yang besar kepada sektor ekonomi di negeri ini. Menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, pemain-pemain industri penginapan, makanan dan pengangkutan tempatan paling terkesan dengan kehadiran kira-kira 16,000 pengunjung […]

Dr Wan Junaidi dilantik TYT Sarawak Kelapan

KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan berkuat kuasa hari ini. Memetik laporan Bernama, Dr Wan Junaidi menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak […]