LAWAS: Bekas pengasas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) daerah Lawas Dato Pengiran Jawa Pengiran Amjah kembali ke rahmatullah malam tadi.
Allahyarham Pengiran Jawa yang mempunyai 10 orang anak, meninggal dunia pada usia hampir 97 tahun.
Menurut ahli keluarga, jenazah akan disempurnakan pagi ini dan dikebumikan menjelang tengah hari.
Allahyarham adalah bapa kepada Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan bekas Setiausaha Sulit kepada Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan iaitu Allahyarham Awangku Omar Pengiran Jawa.
Innalillahiwainnailaihirojiun
