MACHAN: Sebanyak 500 pek bantuan makanan kering dan air bersih diagihkan menggunakan bot polis marin kepada mangsa banjir di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong berkata, pihaknya berusaha mengagihkan bantuan ke kawasan Lesih, Teluk Legam, Bunut dan Jagoi namun keadaan jalan ditelenggami air Sabtu lalu.
Katanya, ini menyebabkan penyaluran bantuan tersebut hanya dapat dilakukan pada Ahad.
“Kami memohon bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kanowit untuk menggunakan bot polis marin bagi menghantar bantuan ke kawasan-kawasan tersebut,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika bersama isteri Dinamicayanti Daris dan Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Dennis Bunyam meneruskan pengagihan kepada mangsa banjir di konstitusi tersebut.
Antaranya kepada mangsa banjir di kawasan Lipus, Melipis, Sekuau dan Rantau Kemiding yang terputus akses berikutan ditelenggami air.
“Pengagihan bantuan makanan ini turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kanowit dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” ujarnya.
