Tajaan Yayasan Sarawak ringankan beban pelajar perubatan

KUCHING: Tajaan pendidikan Yayasan Sarawak menjadi sokongan penting kepada dua anak Sarawak, Nur Hafizah Auda dari Tatau dan Jasnita Kent dari Kapit, dalam meneruskan pengajian bidang perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Bantuan termasuk pembiayaan pengajian, kemudahan tempat tinggal serta sokongan pengangkutan itu membantu meringankan beban kewangan, sekali gus membolehkan mereka memberikan tumpuan kepada pelajaran. […]

Sarawak mampu muncul sebagai pusat kecemerlangan sains

KUCHING: Sarawak berpotensi muncul sebagai pusat kecemerlangan sains, penyelidikan dan inovasi selaras. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, langkah itu selaras dengan aspirasi kerajaan negeri membangunkan ekonomi baharu berteraskan teknologi tinggi, tenaga boleh diperbaharui dan modal insan berkemahiran. Beliau berkata, pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), penyelidikan […]

Loji air baharu Rantau Panjang siap, bekalan dijangka lebih stabil

SIBU: Loji rawatan air baharu berkapasiti lima juta liter sehari (JLH) di Rantau Panjang yang siap dibina pada 5 Oktober lalu dijangka membantu mengatasi masalah bekalan air. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ia memenuhi peningkatan permintaan penduduk di kawasan itu dan sekitarnya. Katanya, projek bernilai kira-kira RM5 juta itu dilaksanakan […]

GPS perkemas gerak kerja hadapi PRU DUN Sarawak ke-13

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperkemas gerak kerja dan penyelarasan jentera pilihan rayanya sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak ke-13 bagi memastikan kelancaran operasi. Timbalan Premier Sarawak merangkap Timbalan Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, persediaan itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah […]

Cadangan perluas FTES ke universiti awam Persekutuan dipertimbang

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak akan mempertimbangkan cadangan memperluas Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) kepada anak Sarawak yang mengikuti pengajian di universiti awam milik Kerajaan Persekutuan yang beroperasi di negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, cadangan itu dibangkitkan susulan perbincangan bersama Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) agar […]

Sarawak lahirkan 200 anak tempatan bergelar doktor

KOTA SAMARAHAN: Seramai 200 anak Sarawak berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perubatan menerusi Biasiswa Khas Program Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sejak 2017. Premier Sarawak merangkap Pro-Canselor UNIMAS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, program melalui Yayasan Sarawak itu menyediakan tajaan penuh kepada pelajar terpilih bagi melahirkan lebih ramai doktor tempatan. “Inisiatif […]

Pelajar luar bandar tidak dipinggir nikmati akses pendidikan antarabangsa

SIBU: Pelajar luar bandar di Sarawak diberi keutamaan untuk menikmati pendidikan bersilibus antarabangsa menerusi Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, peluang pendidikan berkualiti kini turut dinikmati pelajar luar bandar melalui kemudahan yang disediakan kerajaan negeri. “Bayangkan, jika tiada kemudahan ini, mungkin sukar bagi pelajar […]

UNIMAS tawar pengajian percuma kepada penerima anugerah utama

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan menawarkan peluang melanjutkan pengajian dengan pembiayaan penuh yuran pengajian kepada penerima Anugerah Pelajaran Diraja. Naib Cancelor UNIMAS, Profesor Dato Dr Ahmad Hata Rasit berkata, inisiatif ini turut akan diberi kepada Anugerah Canselor dan Anugerah Pro-Canselor. Menurutnya, inisiatif itu merupakan penghargaan universiti terhadap kecemerlangan pelajar, selain pelaburan dalam melahirkan ilmuwan […]

15 tahun berkhidmat, Mohammad Razi bawa perubahan pembangunan Saribas

KOTA SAMARAHAN: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas, Datuk Dr Mohammad Razi Sitam menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk menentukan kedudukan beliau pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak Ke-13. Sepanjang kira-kira 15 tahun mewakili Saribas, beliau membawa perubahan ketara pembangunan infrastruktur luar bandar termasuk akses jalan raya dan bekalan air. “Kalau […]