Pasukan bola tampar wanita Sarawak menang pingat emas

SIBU: Pasukan bola tampar wanita Sarawak merangkul pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 hari ini.

Mereka menewaskan pasukan Selangor 3-1 di perlawanan akhir di Stadium Bola Tampar Rajang Park Sibu, di sini, hari ini.

Kemenangan itu juga menamatkan kemarau emas mereka, selepas kali terakhir meraih pingat emas dalam acara bola tampar wanita pada SUKMA 2013.

Ketua pasukan Sarawak, Moh Sheau Jun gembira sekali gus menzahirkan terima kasih kepada penyokong, jurulatih yang sentiasa memberikan semangat.

“Kita bangga… bertanding di Sarawak kita menang,” katanya.