SIMANGGANG: Pasukan tinju Sarawak meraih tiga pingat emas dalam aksi perlawanan akhir pertama di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, malam tadi.
Pingat emas pertama Sarawak itu menerusi petinjunya, Clarkson Evans Tom Frankie menumpaskan petinju Kedah, Thanasekaran Rajendran dalam kategori minimum 48 kilogram (kg) dengan kiraan mata 5-0.
Gideon Riquelme Jonathan menambah pingat emas kedua tinju Sarawak selepas mengalahkan Muhd Ayyub Firdaus Rusdi (Wilayah Persekutuan), menerusi kategori Middle 75kg.
Petinju wanita pula, Hamiesha Hamdan menghadiahkan pingat emas ketiga selepas menewaskan Selangor, Balqis Dayana Badrol Hisham dalam kategori Women’s Feather 57kg.
Malam esok, dua lagi pemburuan pingat emas bagi dua atlet tinju Sarawak iaitu Frederick Xian Bartholomew Albern dalam kategori feather weight (54kg-57kg) dan petinju wanita, Clavia Charlene Sudang Kenedy dalam kategori flyweight (48kg-52 kg).
