Pasukan Khazanah dinobat Raja Sungai Regata Tandang Sari Pusa 2024

PUSA: Pasukan Khazanah dari Kampung Serembang menjadi Raja Sungai Regata Tandang Sari Pusa 2024 di Dataran Tandang Sari, di sini, hari ini.

Mereka menang saingan akhir acara Bidar 30 Pekayuh Lelaki dengan perahu milik Kadir Manap menewaskan dua pasukan Todak Berjaya milik Kaunselor Kasdi Pandi di tempat kedua dan ketiga.

Pasukan Khazanah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000, piala kejuaraan dan trofi.

Pasukan Todak Berjaya di tempat kedua dan ketiga membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM7,000 dan RM5,000 berserta piala dan trofi.

Kesemua hadiah disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor; Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli dan Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abunawas.