BINTULU: Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) akan memastikan Islam terus berkembang di bahagian ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak yang juga Pengerusi LAKIB, Iskandar Turkee berkata, ia merupakan tanggungjawab besar yang harus dipikul.
“Saya yakin usaha mengembangkan Islam di Bintulu akan diperkukuhkan dengan sokongan ketua-ketua masyarakat dan kaum serta jabatan Islam,”katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penangguhan Tilawah Al-Quran dan Nasyid Peringkat Negeri Sarawak Kali Kelima di Kompleks Peryatim Bintulu, di sini, hari ini.
Dalam majlis sama, Peryatim Kuching diumumkan sebagai johan Tilawah Al-Quran dan Nasyid Peringkat Negeri Sarawak.
