Pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat dibincang

PUTRAJAYA: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-144 di sini, hari ini.
Beliau mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim.

Mesyuarat tersebut membincangkan beberapa perkara melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri, khususnya berkaitan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Sri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar.