KUCHING: Delegasi Pergerakan Pemuda Dan Sayap Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian mengadakan lawatan ke DUN Sarawak di sini, semalam.
Seramai 10 ahli kemudian berpeluang menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berbahas pada persidangan DUN Sarawak itu.
Ahli Pergerakan Pemuda Parti PBB Balingian, Mikai Saban berkata, ini merupakan kali pertama ke DUN Sarawak dan melihat sendiri persidangan DUN terbabit.
“Kami juga melihat ADUN Balingian berbahas dan mengutarakan isu-isu permasalahan di kawasan di dalam dewan ini,” katanya.
Sementara itu, Naib Ketua Sayap Belia Parti PBB Cawangan DUN Balingian, Muhamad Tarmizi Karnain Abdah percaya lawatan seperti ini dapat memberi semangat, motivasi dan inspirasi belia yang minat menceburi bidang politik.
“Ini selaras dengan penubuhan Sayap Belia 1828 yang telah diumumkan oleh Premier yang lalu,”katanya.
