LAWAS: Ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bakelalan mengadakan lawatan ke Parlimen, Kuala Lumpur mulai Isnin lalu.
Ketuanya, Steve Lius berkata rombongan berkenaan seramai 10 orang berpeluang mengikuti perbahasan dan berjumpa dengan sebahagian Ahli Parlimen Parti PBB.
Katanya, ini termasuk Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni, Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.
“Ini merupakan program tahunan yang kami adakan secara pengiliran kepada ahli jawatankuasa pergerakan Pemuda Parti PBB Cawangan Bakelalan,” katanya ketika ditemui.
Beliau berkata, ini bertujuan memberi ruang kepada rakan-rakan merasai pengalaman melihat sendiri secara dekat suasana persidangan di Parlimen.
“Kita mahu mereka memberitahu bahawa semua wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersuara mengenai isu melibatkan kepentingan Sarawak dan rakyat di kawasan masing-masing,” ujarnya.
