Perlawanan persahabatan pickleball perkukuhkan hubungan penjawat awam, GPS Backbenchers

KUCHING: Kejohanan yang berlangsung di Star Pickleball Kuching pagi tadi merupakan penganjuran pertama bagi acara pickleball melibatkan kedua-dua pihak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selepas meluangkan masa bergambar bersama peserta.

Sejurus selepas itu, beliau turut menerima cenderamata berupa ‘paddle’ pickleball daripada Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Presiden ‘Kuching Pickleball Association’, Ruslan Bujang.

Premier turut menerima plak sebagai tanda penghargaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Phang Leong Ming.

Sementara itu, Mohamad Abu Bakar ketika ditemui berkata, program tersebut untuk memberi ruang kepada backbenchers dan penjawat awam beriadah sambil mengukuhkan hubungan silaturrahim.

Menurut beliau, semua pihak bekerja keras sepanjang minggu sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, justeru program santai seperti itu dapat mewujudkan suasana lebih mesra antara kedua-dua pihak.

“Kita ambil peluang hujung minggu ini untuk beriadah sambil mengeratkan hubungan antara backbenchers dan anggota perkhidmatan awam,” katanya.

Menurutnya, meskipun pickleball merupakan sukan yang masih baharu, sambutan yang diterima amat menggalakkan termasuk daripada peserta yang pertama kali mencuba permainan tersebut.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap ADUN Tupong Dato Fazzrudin Abdul Rahman serta kenamaan lain.