KAPIT: Pertandingan Kumang akan menampilkan wanita terbaik untuk memperagakan budaya masyarakat Iban kepada dunia.
Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ini kerana peserta pertandingan itu akan memperagakan pakaian tradisional masyarakat Iban termasuk ‘ngepan’, ‘sugu tinggi’, kraftangan dan banyak lagi.
“Kumang bermaksud wanita yang cantik dan berkebolehan. Kita mahu menghantarkan yang terbaik untuk memperagakan budaya kita ke mata dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pengerami Mantar Gawai Dayak Bahagian Kapit Tahun 2024 di Dewan Suarah Kapit di sini malam tadi.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Digital yang juga Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong.
