Premier Sarawak hadiri Majlis Makan Malam Pemimpin bersama KMKK

SARIKEI: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Makan Malam Pemimpin bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Bahagian Sarikei di Dewan Sentral Sarikei, di sini, malam tadi.

Majlis turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Sarikei dan ADUN Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari seluruh Bahagian Sarikei turut hadir.