Premier Sarawak santuni warga PDRM dalam majlis iftar

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyantuni warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak dalam majlis iftar di Masjid Al-Muhajidin, Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya, di sini, hari ini.

Terdahulu sebaik tiba, beliau meninjau beberapa kawasan di kompleks perumahan polis tersebut yang menerima dana daripada Kerajaan Sarawak bagi tujuan baik pulih sebagai keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan anggota keselamatan di Sarawak.

Usai menunaikan solat Maghrib, Premier Sarawak dan warga PDRM meneruskan majlis berbuka puasa.

Sejurus selesai iftar, beliau menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih bersama warga PDRM.

Turut hadir Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Dato Fazzrudin Abdul Rahman, Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Saifullizan Ishak.