Program Trek Komoditi 2023 Zon Sarawak

TREK KOMODITI … Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Fadillah Yusof melakukan pelepasan Program Trek Komoditi 2023 Zon Sarawak di pekarangan Hotel Waterfront, Kuching.

Program diadakan dua hari sehingga esok ( Ahad) itu disertai pengamal media dan kakitangan kementerian. Program dimulakan dengan sesi kesedaran kitar semula sisa minyak masak dan sembang santai menteri bersama komuniti di Dewan Kampung Tunku, Petra Jaya.

Perjalanan diteruskan ke Kampung Seruyuk, (Daerah Sebuyau) kemudian Masjid An-Najah, Asajaya dan ke Kpg.Serpan Laut, Asajaya bagi sesi sembang santai Menteri bersama pekebun kecil koko dan komuniti di Kampung Serpan Laut, Asajaya.

Turut diadakan gimik penyerahan borang permohonan kepada pekebun kecil.