Projek MAWILLA 4 dalam proses ambilan tanah, rundingan bersama kerajaan negeri

SAMARAHAN: Projek pembinaan Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini memasuki fasa pengambilalihan tanah, satu langkah penting dalam memperkukuh keupayaan pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rundingan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak sedang giat dijalankan untuk memastikan urusan tanah dapat diselesaikan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Lokasi telah dikenal pasti dan kami sedang bekerjasam dengan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja di Kem Muara Tuang, hari ini.

Menurut belia lagi, kementerian sedang mengimbangi kekuatan tentera antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

“Pendekatan ini dirangka dalam pelan jangka panjag bagi memastikan pengagihan anggota lebih adil di seluruh wilayah,” katanya.