KUCHING: Pembangunan projek di bawah Agensi Pembangunan Rejang Delta (RADDA) yang menumpukan kawasan pantai Mukah akan merancakkan lagi sektor pelancongan dan memberi manfaat dalam menjana ekonomi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS-PBB Tellian, Royston Valentine berkata, di samping itu ia akan meningkatkan taraf hidup penduduk, memperbaiki infrastruktur dan memelihara budaya tempatan secara langsung.
Antara projek terbabit ialah Tebingan Sungai Mukah, pemuliharaan tebingan Batang Mukah antara Sg. Penakub dan Sg. Tellian dan projek pasar bersepadu baharu mukah, katanya semasa membahas usul ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Beliau berkata, projek yang lain ialah pengawalan hakisan pantai Petanak, anjung ria Senaga, projek medan selera Kala dana, bina baharu dermaga komersial Mukah, pemasangan isyarat lampu lintas pintar dancadangan dermaga komersial.
Namun, katanya, ia bergantung kepada perancangan dan pengurusan lestari agar impak negatif terhadap alam sekitar dan sosial dapat diminimumkan dalam proses pelaksanaannya kelak.
Sehubungan itu, beliau memohon jasa baik kementerian yang mengendalikan projek berkenaan untuk memberikan maklumbalas berkaitan status semasa pelaksanaannya.
Royston turut menyambut baik pembangunan projek yang dilaksanakan di bawah Program Transfromasi Luar Bandar yang memberi manfaat kepada rakyat luar bandar.
Bagaimanapun, katanya, berlaku masalah di peringkat pelaksanaan yang melibatkan kontraktor yang tidak berintegriti.
Kontraktor yang bermasalah itu, tambahnya, haruslah diambil tindakan yang lebih tegas agar tiada lagi projek sakit dan akhirnya terbengkalai.
Beliau mencadangkan bagi projek yang ada masalah berlarutan oleh sebab kecuaian kontraktor, mereka tidak perlu dibayar malahan dikenakan kompuan agar ia menjadi pengajaran kepada kontraktor terbabit.
Royston turut memohon agensi bertangguungjawab supaya menyelesaikan masalah hakisan tebingan sugai di Kampung Tellian Ulu hingga ke Kampung Tellian Laut.
Hakisan tebingan sungai berkenaan, katanya, menjejaskan kebanyakan kediaman penduduk.
“Situasi yang sama berlaku di kawasan Nanga Sikat dan Lubok Bemban yang menjejaskan penempatan rumah panjang serta sekolah,” katanya.
Beliau menggesa agensi bertanggungjawab untuk melaksanakan kajian dan mencadangkan jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah banjir di Mukah.
Dalam pada itu, Royston menegaskan, kerjasama
strategik antara institusi pendidikan dan industri adalah usaha serius Kerajaan Sarawak dalam memastikankesinambungan pembangunan modal insan dan pendidikan di negeri ini.
