Elak projek sakit, tindakan tegas terhadap kontraktor gagal

KUCHING: Seorang penyokong kerajaan mencadangkan supaya kontraktor yang gagal melaksanakan projek pembangunan yang ditawarkan kepada mereka dikenakan tindakan sewajarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS-PBB Tellian, Royston Valentine berkata, tindakan tegas perlu agar tiada lagi projek sakit sehingga projek terbengkalai oleh sikap sambil lewa golongan ini

Menurutnya, tahun demi tahun, pelbagai projek dilaksana di bawah (Projek Tranformasi Luar Bandar (RTP) di seluruh Sarawak yang mana ia adalah perkara sangat baik untuk memberi manfaat kepada rakyat terutamanya di luar bandar.

“Namun berlaku masalah di peringkat pelaksanaan melibatkan kontraktor tidak berintegriti, ia mendatangkan masalah kepada perancangan pembangunan secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Royston memberitahu, apa yang dipraktikkan ketika ini ialah pihak kontraktor tetap akan dibayar berdasarkan peratusan kerja mereka.