SIBU: Kementerian Kewangan (MOF) telah meluluskan kerja-kerja penyenggaraan Kontraktor G1 hingga G4 di Jalan Persekutuan seluruh Malaysia berjumlah RM300 juta melalui Belanjawan 2024.
Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan untuk Semenanjung bagi sebanyak 336 kerja penyenggaraan terbabit.
“Manakala RM100 juta diperuntukkan untuk Sarawak, Sabah dan Labuan bagi 121 kerja,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Cabutan Undi Kerja Berkala Bagi Kontraktor G1-G4 Di Bawah Kontrak Penyenggaraan Jalan Persekutuan Negeri Sarawak Tahun 2024, di sini, semalam.
Cabutan undi terbabit melibatkan sebanyak 64 kerja di Sarawak iaitu 41 kerja berkala pavemen berjumlah RM 42.5 juta dan 23 kerja berkala bukan pavemen berjumlah RM 7.5 juta.
