Waspada, elak terjebak kes penipuan pekerjaan

DARO: Masyarakat terutama di kawasan luar bandar dingatkan agar berhati-hati dengan sindiket penipuan pekerjaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, ini kerana terdapat rakyat tempatan terjebak dengan kes penipuan sindiket terbabit.

“Sering kita dengar dalam kalangan rakyat kita yang terjebak dalam kes penipuan pekerjaan khususnya di luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pendidikan Perburuhan Bersama Komuniti di Daro anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dan sempena Program Labour Go Rural Area (LGRAP 5.0) di Dewan Masyarakat Daro, di sini.

Safiee berkata, program berkonsepkan ‘Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati’ itu sangat berguna dalam mendidik masyarakat terutama di kawasan luar bandar agar tidak terjerat sindiket penipuan pekerjaan.

“Jadi dengan adanya program ini, secaa tidak langsung ia memberi satu kesedaran kepada masyarakat kita supaya lebih barhati-hati,” tambahnya.