KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berharap Hari Wesak disambut dalam suasana saling menghormati di Sarawak hari ini.
“Saya berharap sambutan Hari Wesak ini disambut dengan penuh makna, dalam suasana aman dan saling menghormati,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusan Sempena Sambutan Hari Wesak 2025.
Tun Dr Wan berkata, Hari Wesak merupakan perayaan penting yang memperingati kelahiran, pencerahan dan kewafatan Siddhartha Gautama, Buddha.
“Ia mengajak kita semua untuk merenung nilai-nilai murni seperti kasih sayang, kesederhanaan, toleransi, dan belas kasihan terhadap sesama manusia tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.
Beliau dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh masyarakat beragama Buddha di Sarawak dan di seluruh negara.
