Sarawak ketuai kelestarian serantau

KUCHING: Sarawak akan menjadi tumpuan dalam kepimpinan kelestarian wilayah apabila menjadi tuan rumah dua acara penting berkaitan kelestarian alam sekitar.

Dalam satu kenyataan di sini, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sarawak berkata, dua acara penting itu ialah Integrasi Tanggungjawab Sosial Korporat dan Impak Matlamat Kelestarian Alam Sekitar serentak dengan ASEAN Earth Cleanup Week (AECW2026) pada April depan dan World Cleanup Day Malaysia 2026 (September depan).

Inisiatif itu diketuai UiTM Sarawak bersama dengan Ibupejabat UiTM dengan kerjasama World Cleanup Day, EarthDay.org dan Digiland Pte Ltd. Ia adalah satu daripada program terkemuka berkonsepkan rakyat, inisiatif CSR dan ESG tanpa memperoleh keuntungan pernah diadakan di Malaysia dan ASEAN.

Kedua-dua program itu melibatkan penyertaan 11 negara ASEAN termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Brunei, Kamboja, Laos, Myanmar dan Timor Leste bersama dengan rakan serantau dari Jepun, Korea Selatan dan China.

Program selama seminggu bagi kedua-dua acara itu akan diselitkan dengan forum perngkat tertinggi, bengkel, operasi pemberishan, menanam pokok, aktiviti berasaskan masyarakat yang mengumpulkan kerajaan, universiti, NGO, syarikat korporat, pertubuhan belia dan masyarakat.

Program 2026 itu adalah susulan daripada kejayaan inisiatif Maaysia Penang Earth Cleanpu pada April 2024.