Sarawak kurang ahli profesional kendali individu berkeperluan khas

KUCHING: Sarawak masih kekurangan ahli profesional yang boleh mengendalikan program kepada individu autisme.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, autisme adalah salah satu kelainan keupayaan yang berlaku di
peringkat awal perkembangan kanak-kanak.

Katanya, ini disebabkan oleh kelainan pada saraf otak yang mempengaruhi komunikasi, interaksi sosial serta tingkahlaku individu.

“Sarawak masih lagi kekurangan ahli profesional yang bertauliah dalam mengendalikan program kepada individu berkeperluan khas khususnya autisme,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Autism Empowerment Weekend 2024 anjuran Pusat Tetapi Let’z Play di Borneo Cultures Muzium, di sini, hari ini.

Nancy berkata, seramai 50,712 orang kelainan upaya (OKU) berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Sarawak sehingga 31 Mei 2024.

Katanya, dari jumlah itu seramai 8.79 peratus iaitu 4,459 orang merupakan individu yang didiagnosa sebagai autisme.