KUCHING: Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 menyaksikan Sarawak mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) sebanyak 2.69 tahun ini.
Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak, Datuk Azhar Ahmad berkata, seramai 88 calon sekolah di seluruh Sarawak berjaya mencapai Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.
“Sementara itu, seramai 1,900 calon bersamaan 33.56 peratus mendapat PNGK 3.00 sehingga 3.99,” katanya pada Majlis Pengunguman Keputusan STPM 2023 Sarawak di Auditorium Pejabat Pendidikan Sarawak, di sini hari ini.
Sementara itu kata Azhar, secara keseluruhan ohort STPM 2023 ini telah merekodkan seramai 5,601 calon sekolah bersamaan 98.49 peratus berjaya memperoleh lulus penuh berbanding 5,364 orang calon pada 2022.
Sebanyak 16 sekolah mencapai keputusan cemerlang STPM dengan PNGK melebihi 3.00.
“Antaranya adalah SMK Sacred Heart, SMK Kampung Nangka, SMK Sungai Merah, SMK Rosli Dhoby, SMK Durin, SMK Bandar Sibu, SMK Methodist, dan SMK Chung Hua di Sibu; SMK Saribas, Betong; SMK Bako, Kuching; SMK Merbau, Miri, SMK St Anthony, Sarikei, SMK Green Road, Kuching, SMK Asajaya, Samarahan, SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, Padawan, SMK Batu Lintang, Kuching.
“Selain itu, sebanyak 33 sekolah daripada jumlah keseluruhan 79 sekolah mempamerkan peningkatan dalam PNGK bagi peperiksaan kali ini,” katanya.
