Sumbangan bakul makanan sempena Tahun Baharu Cina Daerah Kecil Sadong Jaya

SIMUNJAN: Program Walkabout Chinese New Year 2026 melibatkan lawatan ke kampung dan premis perniagaan diadakan sekitar Daerah Kecil Sadong Jaya, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Sadong Jaya, Rodiyah Sapiee merasmikan program anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.200 Batang Sadong bersama ketua kaum dan pemimpin masyarakat yang turut memberi sumbangan bakul makanan kepada golongan sasaran serta sumbangan Tahun Baharu Cina kepada ketua-ketua masyarakat kaum Cina.

Hadir sama Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Datuk Ir. Aidel Lariwoo.