KANOWIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong menghulurkan sumbangan kerusi roda kepada Sunggau Nyaring di Nanga Matau, Machan, Kanowit.
Penyerahan sumbangan disempurnakan Skuad Kasih Sayang Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Machan, diketuai bendahari, Belala Empawie, semalam.
“Dengan adanya sumbangan ini dapat membantu penerima bergerak dalam mendapatkan rawatan,” katanya.
Sunggau merupakan pesakit darah tinggi dan kencing manis serta menghadapi masalah kesukaran berjalan.
Sementara itu, keluarga penerima kerusi roda tersebut menzahirkan terima kasih kepada ADUN Machan itu.
