Sumbangan Ramadan bantu ringankan beban golongan memerlukan

​LUNDU: Seramai 31 penerima terdiri daripada golongan asnaf dari sekitar zon Sampadi menerima sumbangan di Masjid Darul Ibadah, Kampung Stoh, di sini, malam tadi.

Sumbangan dari Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu itu berupa barangan keperluan asas dan sekampit beras serta wang tunai bagi meringankan beban persiapan menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan ​menyampaikan sumbangan terbabit.

Ini menunjukkan keprihatinan berterusan terhadap kebajikan penduduk di luar bandar, khususnya di kawasan Lundu.

Turut hadir, Wakil Pegawai Daerah Lundu Anwar Fakhiryuddin Matmit, Penghulu Zon Sampadi, Sarkawi Nawi dan Ketua – Ketua Kaum Zon Sampadi yang beragama Islam.