Sungkei Sitok Juh! The Waterfront Hotel sajikan lebih 100 jenis menu

KUCHING: The Waterfront Hotel di sini, turut mengadakan bufet berbuka puasa di Café Via Mare pada bulan Ramadan akan datang.

‘Sungkei Sitok Juh’ Bazar Ramadan di Tingkat 4 hotel berkenaan menyajikan masakan ala tradisional dan antarabangsa dalam suasana santai dan menyegarkan.

Namun, pada tahun ini, bufet Ramadan hotel tersebut membawa konsep hidangan makanan tempatan yang menyelerakan.

Antaranya, kambing golek, sushi, udang, kuih-muih, kek lapis dan pelbagai jenis makanan lain.

Menurut cef hotel, Cef Ahmad Afiq Zahid Yusof, sajian makanan itu disediakan pada setiap hari dan berlainan menu.

Menu sajian sedap merangkumi pelbagai pilihan dari hidangan tempatan yang ikonik hingga juadah ringan yang menyelerakan, katanya selepas menghadiri majlis pengenalan ‘Sungkei Sitok Juh!’ di hotel berkenaan, malam ini.

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang sajian makanan, Cef Afiq berkata, ‘Sungkei Sitok Juh’ menawarkan lebih 100 pelbagai menu yang sangat menyelerakan.

Majlis tersebut dihadiri Pengarah Plaza Merdeka Holding, Dato’ Steve Ng, Pengarah Eksekutif The Waterfront Hotel, Datin Anriza Cordero dan Pengurus Besar The Waterfront Hotel, Richard Wong.

Bufet Ramadan itu diserikan dengan kempen ‘Stamp, Post & Win’ yang menawarkan penyertaan cabutan tiket bertuah.

Harga bufet Ramadan itu adalah RM168 bagi dewasa, warga emas (RM148) dan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun (RM90).

Manakala, harga bagi pembelian awal (early bird) ialah RM148 untuk dewasa, warga emas (RM128) dan kanak-kanak (RM58). Bazar Ramadan itu bermula 23 Februari hingga 18 Mac depan, mulai jam 6.30 petang hingga 10 malam.

Hadiah untuk pemenang berupa penginapan dua hari satu malam dan baucar bufet sarapan pagi di hotel berkenaan.

Sempena bulan Ramadan The Waterfront Hotel akan melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya dengan mengadakan majlis ‘Singgah Sitok Loh, Ambik Bubur Lambok’, dengan kerjasama Masjid Bahagian Kuching.

Hotel terbabit akan mengagihkan 500 pek bubur lambuk kepada orang ramai pada 20 Februari, 2026, mulai pukul 4.30 petang.