SMD Semiconductor bangunkan bakat tempatan

KUCHING: SMD Semiconductor hari ini mencapai satu lagi kejayaan dalam usaha membangunkan bakat semikonduktor di negeri ini sejurus kohort pertamanya berjaya menjalani program CENTEXS IC Design Semiconduktor di akademi SMD.

Pelatih yang berjaya menjalani program bercirikan industri dan kemahiran yang fokus kepada Rekaan Litar Bersepadu Digital itu diraikan dalam satu majlis yang gemilang di sini. Rekaan Litar Bersepadu Digital merupakan elemen penting dalam nilai rantaian semikonduktor global.

Program itu merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang Sarawak membina bakat berkemahiran tinggi, bakat berkaitan industri selari dengan hala tuju semikonduktor Sarawak 2030 – melewati Undang-undang Moore dan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn yang menyempurnakan majlis itu menyampaikan tanda penghargaan tamat latihan kepada 10 peserta.

Berucap pada majlis itu, beliau berkata, merekabentuk IC digital adalah tunjang inovasi semikondutor, mengubah idea menjadi pereka yang mampu menguasai teknologi seperti kecerdasan buatan, tenaga elekrtik, tenaga diperbaharui dan infrastruktur digital.

Roland Sagah turut menekankan tentang pentingnya kelestarian dan industri berkaitan pembangunan bakat dalam membantu matlamat Sarawak membangunkan teknologi dan mentransformasi ekonomi dalam masa jangka panjang.

Hala tuju Semikonduktor Sarawak 2030 yang melewati Undang-undang Moore meletakkan rakyat untuk mencapai strategi berkenaan, katanya.

Mulai daripada pendedahan STEM ke tahap latihan vokasional hingga ke peringkat membangunkan cip dan industri berkaitan merupakan matlamat kerajaan dalam membangunkan bakat tempatan, katanya.

Kejayaan membangunkan teknologi hanya dapat dicapai jika memiliki bakat dan program ini mencerminkan kesungguhan membangunkan teknologi, katanya.

Program SMD Semiconductor–CENTEXS Digital IC Design Semiconductor Mastery adalah program baharu yang diperkenal untuk melengkapkan peserta dengan latihan amali, kemahiran relevan dengan industri bersepadu digital untuk memenuhi keperluan masa depan industri sekarang dan masa hadapan.

Program Rekaan IC Digital merupakan sebahagian daripada perluasan program Semiconductor Mastery Programme iaitu inisiatif membangunkan bakat yang diperkenalkan oleh SMD Semiconductor untuk membina keupayaan semikonduktor tempatan melalui penyusunan, industri membangunkan bakat, sebelum program itu serahkan kepada CENTEXS pada Jun tahun lalu.

Program itu meliputi pelbagai bidang termasuk Rekaan IC Analog dan IC Test.

Sementara itu, Setiausaha Kewangan Negeri merangkap Pengerusi SMD Semiconductor, Dato Sri Wan Lizozman Wan Omar berkata, program itu menandakan pendekatan penyampaian dan penyusunan pembangunan bakat hasil kerjasama erat antara kerajaan, industri dan institusi pengajian.

Semenjak SMD Semiconductor ditubuhkan pada 2022, ia berpandangan matlamat membangunkan semokinduktor Sarawak terletak kepada usaha membina keupayaan tempatan, berkemahiran dan iatihan sesuai dengan industri.

Ketua Pegawai Eksekutif SMD Semiconductor, Shariman Jamil yang mengucap tahniah kepada graduam kohort pertama berkata, peranan mereka akan melangkui Sarawak kerana mereka turut menyumbang kepada ekosistem semikonduktor global.

Hadir sama, Timbalan Peguam Negara Sarawak merangkap Ahli Lembaga Pengarah SMD Semiconductor, Datuk John Wayne Chamberlin Sirau, Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS, Dato Syeed Mohd Hussien Wan Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif SMD Semiconductor Shariman Jamil, ketua-ketua jabatan daripada kementerian dan agensi, ahli lembaga pengarah SMD Semiconductor, rakan strategik, serta para graduan kohort pertama.