Tanjung Manis bakal memiliki stadium mini moden

TANJUNG MANIS: Peruntukan sebanyak RM20 juta telah diluluskan bagi pembinaan stadium mini yang moden di Tanjung Manis.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, ini diluluskan Kerajaan Sarawak melalui Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA).

“Stadium mini ini nanti turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk trek balapan,” katanya ketika merasmikan Majlis Apresiasi Sekolah Menengah Belawai di Dewan Sri Barong, Sekolah Menengah Kebangsaan Belawai di sini, baru- baru ini.

Len Talif berkata, stadium mini bertaraf moden ini juga akan memberi kesan dan impak terutama kepada golongan muda dan pengiat sukan di Tanjung Manis.

Sehubungan itu, beliau berharap warga Tanjung Manis bersabar dengan projek itu yang perlu memakan masa sekurang-kurang tiga hingga empat tahun untuk disiapkan.