KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Tanah dan Survei sedang dalam proses untuk menentukan tariff membabitkan levi ke atas caj penyimpanan karbon dan ses (CCS).
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alamr Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni berkata, perkara itu akhirnya akan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Tarif bagi CCS dalam sektor minyak dan gas berbanding dengan sektor perindustrian dan tenaga memang ada perbezaannya, katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.
Beliau menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (GPS-Machan) Allen Siden Gramong yang bertanya sama ada tarif bagi karbon berkaitan CCS sektor minyak dan gas berbeza dengan tarif karbon dalam sektor perindustrian dan tenaga.
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Abdul Rahman Ismail memberitahu dewan, kerajaan melalui Jabatan Pertanian Sarawak sedang melaksanakan Program Tanam Baru Rumbia secara berkelompok melibatkan 15 peserta dengan kawasan seluas 43.6 hektar di kawasan DUN Kalaka.
Projek bernilai RM520,000 itu telah mula dilaksanakan pada 2022 dan dijangka siap pada penghujung tahun ini, katanya menjawab pertanyaan Mohamad Duri (GPS-Kalaka).
Selain itu, katanya, kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Sagu dan Nipah Sarawak (SNDB) juga akan membuat kajian secara terperinci bagi mengenal pasti dan membangunkan kawasan yang berpotensi untuk tanaman rumbia di negeri ini termasuk di DUN Kalaka.
