Teratak Kasih Tok Nan bantu hapuskan risiko jangkitan HIV

KUCHING: Lebih 90 peratus pesakit HIV di Sarawak yang menerima bantuan di Teratak Kasih Tok Nan kini mencapai tahap virus dalam badan tidak dapat dikesan.

Pengerusi Teratak Kasih Tok Nan, Dr. Ruziana Miss berkata, ini bermakna paras virus dalam badan mereka terlalu rendah untuk dikesan oleh ujian makmal.

“Ini sekali gus menghapuskan risiko jangkitan kepada orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka dan Penyampaian Sumbangan oleh Majlis Islam Malaysia (MIM) di sini hari ini.

Penaung Yayasan AIDS Malaysia Borneo, Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu hadir sama.

Dr. Ruziana berkata, pesakit berkenaan di Teratak Kasih Tok Nan menerima bantuan terutama subsidi tambang dan kemudahan rumah transit.

“Mereka mengambil ubat secara konsisten, sihat dan ramai yang telah kembali bekerja serta berdikari seperti biasa,” tambahnya.