Tiga kawasan berpotensi untuk penanaman padi

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak sedang menumpukan segala usaha untuk pembangunan industri padi di kawasan yang berpotensi untuk dimajukan secara komersial.

Timbalan Menterinya, Datuk Martin Ben berkata, di Bahagian Limbang, antara kawasan yang telah dikenal pasti ialah Lembah Limbang, Sundar dan Merapok.

“Memandangkan stesen percubaan padi Ukong Limbang mempunyai kawasan 0.32 hektar dan terdedah kepada banjir, kementerian akan mengenal pasti fungsi yang lebih sesuai untuk stesen tersebut,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang dalam sesi soaljawab pada persidangan DUN di sini hari ini.

Paulus bertanya adakah kerajaan mempunyai cadangan untuk membuka semula padi test station Ukong Limbang untuk penanaman padi secara besar-besaran.