KUCHING: Pembentangan statistik trend kehamilan remaja bagi tempoh 2016 hingga Disember 2023 oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Sekretariat Jawatankuasa Kehamilan Remaja Sehenti (OSTPC) adalah antara perkara utama dibincang pada mesyuarat OSTPC di sini, hari ini.
Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti(KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah.
Fatimah yang juga Pengerusi OSTPC berkata, isu kehamilan remaja yang menjadi salah satu daripada 14 isu sosial tetap menjadi fokus KPWK dan akan terus ditangani oleh OSTPC pada tahun ini.
Oleh kerana isu sosial sangat rumit dan kompleks untuk ditangani secara, beliau berkata KPWK memerlukan kolaborasi, integrasi dan penyelarasan strategik dalam kalangan ahli OSTPC, agensi kerajaan, institusi swasta dan NGO.
“Kita mahu tindakan bersepadu dan holistik bagi menangani isu
kehamilan remaja. Selain itu,
isu yang dihadapi remaja hamil, dan pelaksanaan pelbagai program, projek dan inisiatif sosial
Strategi Pembangunan Pasca Covid (PCDS) 2030 Kerajaan Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat One Stop Teenage Pregnancy Committe (OSTPC) Peringkat Negeri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, di sini.
Menurut Fatimah, tadbir urus OSTPC ditubuhkan bertujuan menangani isu kehamilan remaja secara bersepadu melalui kolaborasi strategik dalam
kalangan agensi-agensi Kerajaan Sarawak, Kerajaan Persekutuan, NGO dan pakar-pakar yang relevan.
OSTPC, katanya, menetapkan KPI penurunan bilangan kes remaja hamil yang direkodkan setiap tahun berbanding dengan bilangan kes dalam tahun sebelumnya pada kadar 10 peratus.
