KUCHING: Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Ri’ayatuddin Al-Musafa Billah Shah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini.
Ketibaan Tengku Hassanal disambut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni.
Tengku Hassanal berada di sini untuk rangka lawatan selama lima hari.
Sepanjang di Kuching, Tengku dijadual melawat Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), Menara Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Algae Nursery Site Resintech SEDC.
Selain itu Tengku juga menghadiri Majlis Santapan Malam di salah sebuah hotel di sini pada keesokkan hari.
GAMBAR: JAPEN
