KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memainkan peranan membantu kestabilan politik di peringkat nasional.
Premier Sarawak merangkap Yang di-Pertua Parti PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini amat penting kerana parti itu sebagai rakan dalam Kerajaan Perpaduan.
“Kita (Parti PBB) akan memberikan input,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Parti PBB di Ibu Pejabat Parti, Jalan Bako di sini.
Sehubungan itu, Abang Johari berharap pendekatan politik Parti PBB lebih rasional bagi memastikan politik Malaysia stabil dan akan dapat membangunkan seluruh negara ini.
Beliau menegaskan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga mahu ketabilan politik di peringkat nasional.
