DARO: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sentiasa memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan perpaduan masyarakat serta menjadi penghubung antara rakyat dan kerajaan di peringkat akar umbi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, wanita bukan sahaja menjadi tulang belakang keluarga, malah turut berfungsi sebagai pemangkin kepada pembangunan sosial dan kesejahteraan komuniti.
“Pergerakan Wanita Daro sentiasa aktif melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan, kebajikan dan kesedaran kesihatan yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkaga demikian pada Program Gerak Aktif Hidup Positif anjuran Pergerakkan Wanita PBB N.43 Daro di Dataran Kejat Daro, semalam.
Dr Safiee berkata, penganjuran program berbentuk gaya hidup sihat seperti ini penting dalam melahirkan masyarakat aktif, sihat dan positif, sejajar aspirasi kerajaan untuk membentuk komuniti progresif dan sejahtera.
