KUCHING: Sambutan Hari Sarawak 2024 bakal sempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Bintulu, pada 22 Julai ini.
Sehubungan itu, ahli jawatankuasa induk sambutan diketuai Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wiayah (M-FICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom mengadakan kunjungan hormat dan penyerahan jemputan rasmi kepada TYT.
Isteri beliau, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dijangka hadir sama pada majlis sambutan itu.
Sambutan bertemakan ‘Sarawak Maju Makmur’ dan acara kemuncak ialah Perhimpunan Hari Sarawak pada 22 Julai
di Lapangan Terbang Lama Bintulu.
Sebelum itu antara pengisian program ialah Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain di Dewan Suarah Bintulu pada 20 Julai dan Majlis Kesyukuran di Masjid Assyaqirin Bintulu keesokan hari.
Turut mengiringi Dr Stephen adalah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan I (Kesihatan Awam dan Perumahan) Datuk Dr. Penguang Manggil, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan (Pembangunan Keusahawanan) Datuk Dr. Ripin Lamat.
GAMBAR:JAPEN
